Showing posts with label Random. Show all posts
Showing posts with label Random. Show all posts

Saturday, 24 December 2016

Gagal

Assalamualaikum w.b.t



Aku dah penat.
Tiap kali cuba.
Dan tiap kali itu aku gagal.

Kadang-kadang,
Aku langsung tak tahu apa salah aku.
Cuma aku tahu
Dan aku faham

Kita tak akan dapat semua yang kita nak, cuma apa yang kita perlu
Dan aku rasa aku kena bersyukur untuk itu.

Saturday, 19 March 2016

Kerja Tuhan

Assalamualaikum w.b.t



Taip. Padam. Taip lagi. Padam lagi. Sampai satu masa, malas yang sama, datang semula.

"Jaga hubungan kita dengan Tuhan, Tuhan akan jaga hubungan kita dengan manusia. Kita jaga masa kita dengan Tuhan, Tuhan akan jaga urusan kita dengan dunia".

Dan ini yang selalu aku ulang. Dan aku tak pernah persoal kenapa dalam sesetengah perkara, tak jadi macam apa yang aku harapkan. Sebab aku tahu, untuk perancangan, kan kerja Tuhan juga.

Friday, 23 October 2015

Sorry, Penat.

Assalamualaikum w.b.t



When you dont want me to move

But you tell to go

What do you mean.

Monday, 20 July 2015

Dia

Assalamualaikum w.b.t



I've been so many searching
For answers far and wide
But know that we've all been searching
For the answers that only Allah can provide.

Sunday, 3 May 2015

Take A Chill Pill

Assalamualaikum w.b.t



Sejak dua menjak ni aku makin rasa nanar je. Kejap-kejap aku lupa itu, lupa ini. Tapi masih teringat kat dia. Dengan assignment yang bersepah, aku tak tau lah. Setahun je lagi, gagah kan diri je lah.

Maybe. Just maybe that I really need to take a chill pill. With so many issues nowadays. We living in the weird century I guess.


Sunday, 12 April 2015

Centuries !



Assalamualaikum w.b.t

Some legends untold
Some turn to dust or to gold
But you will remember me
Remember me for

CENTURIES

And just one mistake
Is all it will take
We'll go down in history
Remember me for

CENTURIES

Saturday, 18 October 2014

The One-Part 2

Assalamualaikum w.b.t

On 26th September 2014, there is someone that I knew and you know what.

Shes taking my heart.

NH

Saturday, 5 July 2014

Tuhan

Assalamualaikum w.b.t



Nak ubah.
Susah.

Lagi-lagi ubah kerana benda lain.
Pemboleh ubah bersandar.
Yang berubah ikut tempat persandaran.

Masalah kita,
Kita bersandar, mengharap sokongan pada sesuatu yang lemah.
Yang bila kau bersandar mengesot sikit ke tepi.

Masalah menyandar pada sesuatu yang lemah dan tak kekal.
Menjadikan perubahan kita sekejap.
Bergantung pada, tempat bersandar.
Selagi ia ada atau selagi kita sedar akan kehadirannya.

Bersandar paling berkesan

Sepatutnya.
Pada we know who.
And we all know how.

Dia.

Sunday, 15 June 2014

Serik

Assalamualaikum w.b.t



"When someone becomes so sweet to you, don't expect that they will be like that like all the time. Because even the sweetest chocolate also got babi expired."

Senang betul jatuh cinta
Senang betul main suka-suka
Senang betul cop sana sini

Tapi

Susah betul nak lupa semua
Susah betul nak buang semua rasa
Susah betul nak pujuk hati sendiri

*tarik nafas
*hembus

Cerita semalam
Jadi itu semalam

Cerita hari ini
Aku takkan ulang lagi

Cerita akan datang
Aku akan terus cari peluang



Tapi sebelum untuk semua rasa celaka, izinkan aku ambil sedikit masa, dan hela nafas untuk susun balik semua rasa, yang dah berkecamuk tak tau tempat letak asalnya. Sikit je pun jadilah.

Dan sekurang-kurangnya, aku tak pengecut macam kau, untuk luah apa yang aku rasa tanpa perlu selindung apa-apa.

Tuesday, 27 May 2014

Mau Apa Lagi?

Assalamualaikum w.b.t



Apa yang kau mau
Semua ku beri
Apa yang kau mau
Mau apa lagi?

"Don't make somebody as your priority when they just makes you as an option."

Terima kasih untuk semua memori
Sekarang masa untuk aku berlari
Mengejar apa yang aku mimpi dan impi
Supaya aku dapat terus berdiri
Dan terus cipta aku punya identiti

I had enough
Now I'm so fed up

Tuesday, 13 May 2014

IamNeeta

Assalamualaikum w.b.t



Dulu aku dengar lagu dia, aku rasa macam lain tapi aku tak rasa yang dia macam boleh pergi jauh. Tapi aku takdelah dengki ke jeles ke dengan kebolehan dia, aku tau la aku nyanyi tak sedap. Tapi sekarang, dengan lagu cover dia yang baru Relakan Jiwa, aku akan ulang-ulang banyak kali sebab sedap didengar dan kena dengan citarasa aku.

*tarik nafas panjang

Ladies and gentleman, I present to you

iamneeta

Sunday, 11 May 2014

Gebang

Assalamualaikum w.b.t



Aku bosan la dengan rasa yang ini
Rasa yang degil nak kekal dalam hati
Yang bila aku buat keputusan untuk pergi
Rasa yang sama akan datang lagi

"Don't make somebody as your priority when they just make you as an option"

Kalaulah ia semudah itu,
Dan aku mula belajar sesuatu,
Dengan rasa yang tak perlu.

"My dentist once told me that letting go is like pulling a tooth. When it was pulled out, you're relieved, but how many times does your tongue run itself over the spot where the tooth once was? Probably a hundred times a day. Just because it was not hurting you doesn't mean you did not notice it. It leaves a gap and sometimes you see yourself missing it terribly. It's going to take a while, but it takes time. Should you have kept that tooth? No, because it causing you so much pain. Therefore, move on and let go."

Semoga rasa ini,
Tak ada lagi.

Saturday, 3 May 2014

Reader

Assalamualaikum w.b.t



"Hidup kalau kau nak gembirakan hidup orang je
Nak puaskan hati orang je
Nak senangkan kehidupan orang je
Hidup kau plak macam mana?"

Benda ni selalu muncul kat kepala otak aku.
Kadang fikir juga, sampai bila?
Tapi bila aku dapat rasa,
Apa yang orang rasa bila kita tolong dia
Aku terus lupa
Yang aku ni ada bila diperlukan sahaja
Dan aku suka,
Sekurang-kurangnya kita tahu juga
Yang diri kita ni berguna
Tak besar, sikit pun tak apa
Asal kita buat seikhlasnya.

Tak gitu reader?
Aku tahu cuma kau sorang je reader aku :)

Monday, 28 April 2014

Little Talks

Assalamualaikum w.b.t.



Sometimes you need to shut up, swallow your pride and accept that you're wrong.
It's not giving up
It's called growing up.

I fucked up
I messed thing up
I learn to recover
I learn to forget
I learn to forgive
And I grew up
And I change
For good.

Sorry. Gtg

Wednesday, 16 April 2014

Faham

Assalamualaikum w.b.t



Dulu kau berzikir pada Tuhan untuk bagi kau seseorang yang macam itu, macam ini.
Dan kemudian kau dapat tapi kau tak dapat sepenuhnya.
Dan kau macam mula rasa, apa lagi yang tak kena.

Bukan Tuhan yang tak kena.
Tapi diri kau yang masih celaka.

Ini cerita pasal hati.
Part dalam diri yang paling sensitiviti.
Kalau kau rasa tak boleh ikuti dan fahami.
Aku rasa baik kau blah dan angkat kaki.
Jangan buat kacau kat orang tu punya hati.

Cinta tentang aprisiasi.
Bukan paksa sana sini.

Kalau kau tak boleh fahamkan orang.
Jangan harap orang nak faham kau.

Monday, 31 March 2014

Untuk Kali Keberapa?

Assalamualaikum w.b.t

Dalam kelam mencari perjalanan hidup
Dikejutkan oleh sang gadis yang baik luar dan dalamnya
Dari segi hatinya cukup sempurna aku rasa
Dari segi luarannya mempesona aku rasa
Dia hadir tanpa disedari tanpa diminta

Tapi cukup sekadar hanya sehari
Hati ini terus dicuri
Rasa bagai didatangi sang puteri
Sungguh indah menarik hati
Dan rahsia namanya manis terpahat di hati pasti


Monday, 17 February 2014

Keciwa Lagi

Assalamualaikum w.b.t



Wahai hati, maafkan gua yang suka sangat menoreh luka keciwa dan pedih merana ke atas lu. Bukan niat gua untuk suka-suka jatuh chenta, tapi scumbag brain gua dah di set untuk jatuh chenta dekat si dia yang dah ada pujaan celaka. Gua pun tak paham apasal la gua suka sangat kat awek orang tak pun awek yang dah ada crush kat sesapa. Gua harap lu tak putus asa wahai hati, pasal orang semua belajar dari pengalaman, chekgu yang paling style tahu.

Wahai jiwa, maafkan gua pasal bagi lu makanan jiwa yang sedap-sedap sampai lu hanyut entah kemana-mana. Sampai lu terbawa-bawa dengan khayalan dusta jauh dari realiti bugima. Gua jugak harap, lu macam inchik hati, tahan sampai mati. Walau ribut rintangan datang dan pergi, lu berdua kukuh tegap bersama jasad gua yang gua ingat nak setting sikit sem ni.

Wahai jasad, maafkan gua juga, pasal buat lu kembong macam ikan kembong. Ikut rasa gua, nak je gua pacak dengan paku tekan kat meja belajar gua, kasi kempis. Tapi macam biasa, dari gua berangan, better gua buat senaman ringan. Insya-Allah, slow-slow gua cuba, sampai gua berjaya. Kelak.

Ohh, habis menaip ni, officially gua dah benci lu Capital [?]

Suram Kearah Pelangi

Assalamualaikum w.b.t.



Aku langsung tak ada mood, dan aku tak tahu kenapa. Dan rasa ini sangat-sangatlah tahi. Dengan pening kepala sampai makan pun aku malas. Mouse rosak, makanan lupa beli, duit ptptn yang tak masuk-masuk, homesick gila babeng, semua ini mungkin jadi salah satu sebab utama aku malas dan tak ada mood. n

Dan aku makin rindu kat rumah aku sebab ibu asyik call tanya ok ke tak, dan asyik tanya cukup ke tak duit. Bukan aku tak nak minta, tapi aku tahu, kat rumah tu ibu je yang kerja untuk tanggung adik-adik aku. Kecuali adik no. 2 aku yang dah kerja, adik aku yang lagi 3 orang tu semua masih sekolah dan memerlukan duit yang banyak. Takkan aku nak minta selalu duit. Kesian ibu aku. Aku masih lagi tak boleh nak kawal sangat perbelanjaan aku, walaupun untuk makan.

Aku kena mula belajar berdikari yang lebih matang, belajar cara untuk atasi masalah rindukan rumah dan ringankan diri aku untuk kawal pemakanan dan perbelanjaan. Nak borak dengan kawan, tapi aku tak tahu siapa yang sesuai. Dengan si Jijah yang teleport ke dunia lain agaknya, naik cuti terus hilang minah tu. Bayangkan, kelibat dia pun aku tak nampak, yang aku nampak cuma BFK5*** tu je.

Haih, aku kena lawan semua perasaan dan kelemahan ini. Aku kuat. Dan kau, kau jaga diri sendiri. Aku cuma boleh tengok dari jauh. Jangan risau, aku tak akan kacau kau lagi, aku dah mula buang perasaan aku kat kau. Aku bukan putus harapan, tapi aku teruskan kehidupan. Dan kau, just not worth it.

Wednesday, 12 February 2014

Bernafas

Assalamualaikum w.b.t.



Aku tak tahu kenapa berat hati sangat aku nak balik UMK. Sayu je rasa. Mungkin sebab aku tak sampai hati nak tinggal adik aku sementara ibu aku masih lagi kat Melaka. Tapi macam "kakak" aku cakap, pergi Kelantan untuk tuntut ilmu, untuk gembirakan ibu. Jadi aku mesti kuat hati untuk esok.

Semoga perjalanan pergi ke Kelantan aku dan kengkawan aku selamat dan dilindungi Allah S.W.T. Amin.

 I AM  TOURISM AMBASSADOR  :)

Monday, 10 February 2014

Alter Ego

Assalamualaikum w.b.t



Kengkadang aku dapat rasa betapa mainstreamnya dunia aku. Bangun lambat, makan banyak, sosial life kat depan komputer dan samseng samsung galaksi tab aku dengan tuit dan status yang kadang aku rasa macam kosong je.

Maka aku dengan pasti dan yakin nak ada satu alter ego yang alot cooler than the cool me. Brilliant right? Tapi nak jadi apa lol, let me think... A superhero ! Yeah, superhero.

 I AM  TOURISM AMBASSADOR  :)