Assalamualaikum w.b.t
Sometimes you gotta shut up, swallow your pride and accept that you're wrong. It's not giving up. It's called growing up
Selagi aku mampu, aku akan tahan. Itu cara aku. Tapi entah kenapa, untuk kali ini, kali yang keberapa, walaupun sepatutnya aku dah nyali, aku putus asa.
Aku muntahkan semua rasa, dan dia tolak begitu sahaja. Macam makan roti gardenia.
Kalau lah kau nampak betapa aku ikhlas kawan dengan kau, kalaulah kau nampak betapa besar harapan aku untuk hubungan ini, kalaulah kau nampak betapa aku betul-betul sukakan kau.
Sayangnya, entah apa silapnya, kau tak fikir langsung, terus tolak.
Mungkin kau dah ada orang yang kau suka, mungkin kau masih lagi tak bersedia, mungkin kau fikir nak study sampai ke luar negara, mungkin kau dah jadi tunangan orang kat sana. Takpe, aku redho.
No comments:
Post a Comment